KUALA LUMPUR: Rayuan Sri Pahang FC untuk mendaftarkan pemain naturalisasi Lee Tuck dan Sergio Aguero sebagai pemain tempatan dalam Liga Malaysia 2022 kini telah diluluskan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
MFL dalam satu kenyataan semalam memaklumkan keputusan tersebut dibuat menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL dan pendaftaran Tuck yang dilahirkan di Huddersfield, England serta Aguero dari Argentina, akan berkuat kuasa pada pertandingan Piala Malaysia 2022.
Sri Pahang sebelum ini telah mendaftarkan Tuck dan Aguero sebagai pemain tempatan dalam tempoh pendaftaran kedua pada 28 Mei hingga 24 Jun lepas.
Sementara itu, MFL memaklumkan pindaan Perkara 3.4.9 (ii) Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia dikuatkuasakan secara serta-merta bagi mengelakkan percanggahan antara Perlembagaan Malaysia dan Peraturan Pertandingan MFL.
"Oleh yang demikian, setelah mengkaji rayuan Sri Pahang FC mengenai perkara ini, MFL berpendapat bahawa implementasi peraturan pemain yang memperoleh kewarganegaraan di bawah Perkara 3.4.9 (ii) Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia, bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
"Maka, peraturan pemain yang memperoleh kewarganegaraan akan dipinda dan berkuat kuasa serta-merta yakni implementasi peraturan tambahan lima tahun bagi pemain naturalisasi tidak lagi sesuai diguna pakai," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, MFL menegaskan kelulusan mana-mana pemain naturalisasi akan dibuat berdasarkan Peraturan Kelayakan yang termaktub dalam Statut Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) iaitu tinggal selama lima tahun berturut-turut di negara tersebut sebelum boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan.
Pada 17 Ogos tahun lepas, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan untuk menghentikan program naturalisasi, namun pasukan Liga Malaysia masih boleh membuat permohonan kepada kerajaan untuk menaturalisasikan pemain masing-masing.
Malaysia sebelum ini sudah mempunyai tiga pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022
MFL mengumumkan rayuan Sri Pahang FC untuk mendaftarkan pemain naturalisasi Lee Tuck (kiri) dan Sergio Aguero (kanan) sebagai pemain tempatan diluluskan. - Foto Facebook Perkembangan Bola Sepak Tempatan Dan Antarabangsa
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Datuk Hamidin nafi tambah khidmat pemain naturalisasi
FAM menegaskan dakwaan tentang pemain naturalisasi bakal diambil badan induk itu dalam masa terdekat bagi memperkuat pasukan adalah palsu.
‘Satu penghormatan dapat wakili kelab hebat JDT’ - Morales
Pemain dari Villavicencio, Colombia itu berterima kasih atas keyakinan Harimau Selatan merekrut khidmatnya.
Program naturalisasi perlu ditamatkan - Lim Teong Kim
Bekas Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara Datuk Lim Teong Kim berpendapat dasar program naturalisasi perlu dihentikan.
Gol penyamaan Aguero nafi Terengganu raih tiga mata di Kuantan
Terengganu FC mensia-siakan peluang terbaik meraih kemenangan bermakna selepas mendahului dua gol apabila seri 2-2 ketika bertemu Sri Pahang FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur.
FAM tidak tahu proses naturalisasi Morales
FAM tidak pernah mengeluarkan surat sokongan memandangkan proses naturalisasi kini diuruskan oleh pasukan Liga Malaysia.
MABA hanya benar seorang pemain naturalisasi di Sukan SEA Malaysia 2027
Hanya seorang pemain naturalisasi akan dibenarkan bagi setiap pasukan bola keranjang wanita di Sukan SEA Malaysia 2027.
Beri masa Josue, Dos Santos sesuaikan diri dengan corak permainan Harimau Malaya - Pan Gon
Selain dua pemain Brazil itu, Kim turut memanggil 12 muka baharu menyertai latihan bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa.
Pan-gon tampil lapan muka baru perkuat Harimau Malaya
Evolusi era kepimpinan Kim Pan-gon kini memasuki fasa peralihan apabila pengumuman senarai 27 pemain yang dipanggil untuk berada dalam kem latihan pusat.
Josue, Morales hampir bergelar pemain naturalisasi
Stanley bagaimanapun menjelaskan sehingga kini, pihak kelab masih mengkategorikan Paulo dan Romel selaku pemain import.
Lee Tuck, Aguero kini bergelar pemain tempatan
Rayuan Sri Pahang FC untuk mendaftarkan pemain naturalisasi Lee Tuck dan Sergio Aguero sebagai pemain tempatan dalam Liga Malaysia 2022 kini telah diluluskan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).